LUBUK MERBAU, PERAK, 27 SEPTEMBER - Lawatan Usahawan Niaga yang terakhir bagi Cawangan Penyelarasan Dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah adalah ke Syarikat Siti Marbawi Enterprise dimiliki Cik Siti Zahidah Binti Abdul Karim yang terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.
Beliau telah mengusahakan ternakan ikan keli sejak 4 tahun yang lalu. Sehingga kini, beliau mempunyai 12 kolam ikan keli dan memasarkan hasil ternakan di sekitar Kuala Kangsar.
KAMUNTING, PERAK, 27 SEPTEMBER - Cawangan Penyelarasan Dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah telah mengadakan siri lawatan usahawan niaga seterusnya ke Syarikat Waheeda Spa Dan Salon yang terletak di No 24, Jln Medan Kamunting Jaya II, 34600, Kamunting, Perak.
Syarikat yang dimiliki Nurul Farah Wahida bt Hashim itu telah beroperasi sejak 11 tahun yang lalu. Beliau mengusahakan perniagaan spa dan salon. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah urutan tradisional, rawatan rambut dan turut menjual produk jenamanya sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Waheeda Spa And Salon, bolehlah lawati Facebook, Twitter dan Telegram : Waheeda Spa.
KAMUNTING, PERAK, 27 SEPTEMBER - Cawangan Penyelarasan Dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah telah mengadakan siri lawatan usahawan niaga ke Myarizqie Enterprise yang terletak di PT 20073, Lorong Impian 1, Jalan Stesen, 34600, Kamunting, Perak.
Syarikat Myrizqie Enterprise telah ditubuhkan sejak lapan tahun yang lalu itu dimiliki Puan Nadia Farhana bt. Abdul Samat. Beliau mengusahakan perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman. Antara produk makanan yang disediakan adalah kek, roti, biskut dan Western Food. Kelebihan produk beliau adalah produk bumiputera yang dihasilkan tanpa bahan pengawet.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk daripada Syarikat Myarizqie Enterprise bolehlah lawati Facebook, Twitter dan Telegram : Nad Bakers.
TRONOH, PERAK, 25 SEPTEMBER 2024 - Program Bizz Startup POLYCC Zon Perak 2024 telah berlangsung pada 23 hingga 25 September 2024 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah. Program keusahawanan ini telah dilaksanakan melalui kerjasama strategik di antara Unit Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak serta APBM Batu Gajah.
Antara yang menyertai program ini adalah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Bagan Datuk, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Komuniti Taiping, Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Kolej Komuniti Gopeng, Kolej Komuniti Manjung dan Kolej Komuniti Tapah.
Program Bizz Startup PolyCC Zon Perak 2024 diadakan bertujuan untuk membantu dan merangsang inovasi serta kreativiti para pelajar dalam menjalankan perniagaan mereka dengan lebih efektif dan berkesan. Selain itu, program ini juga dapat memberi sumber idea dan sokongan kepada para pelajar untuk memulakan perniagaan seterusnya membantu mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan di kalangan institusi, agensi keusahawanan serta pihak berkepentingan. Dan akhirnya, mendorong ke arah pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan peluang pekerjaan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Anugerah telah disempurnakan masing-masing oleh En.Mohd Asyraf Bin Md Sum, Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) dan En Wan Muhammad bin Wan Mohd Isa Penolong Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Hadir bersama adalah Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti serta Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah.
TRONOH, PERAK, 23 SEPTEMBER 2024 – Satu Taklimat Sesi Pengenalan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman APBM Batu Gajah telah dihadiri oleh pelajar-pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti.
Taklimat adalah berkenaan peranan dan fungsi APBM Batu Gajah dalam pembangunan belia di Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat menyebarluaskan lagi informasi-imformasi terkini berkenaan peluang para graduan IPTA untuk memupuk keinginan dan minat mereka menceburkan diri dalam dunia keusahawanan seterusnya memperkasakan golongan belia. Selain itu, perkongsian maklumat juga adalah mengenai kemudahan-kemudahan yang ada di APBM Batu Gajah serta program-program yang telah dilaksanakan sepanjang 2024.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
TRONOH, PERAK, 13 SEPTEMBER 2024 – Majlis Bacaan Yassin dan Kuliah Dhuha Siri 5 dianjurkan oleh Unit Bina Insan, Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah bertempat di Surau At-Taqwa APBM Batu Gajah. Ceramah dengan tajuk Menjiwai Belia Rasulullah S.A.W telah disampaikan oleh Ustaz Ali Sabri Bin Abd Rahman. Beliau adalah Penceramah Bebas Bertauliah, Panelis Program TV3/TV9 “Tanyalah Ustaz”, TV Al-Hijrah dan Perak FM.
Majlis keagamaan ini telah dihadiri oleh kakitangan APBM Batu Gajah, pekerja landskap, kebersihan dan keselamatan serta jemputan khas pelajar Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin 16 Tanjung Tualang seramai 11 orang bersama 2 orang guru pengiring. Objektif majlis keagamaan ini sebagai satu medium menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam menyebarkan agama islam serta menanam sifat teladan sahsiah melalui penghayatan sirah nabi muhammad s.a.w dan seterusnya melahirkan masyarakat berukhwah islamiah melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia.
APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kali ini. Semoga menjadi amalan dan diteruskan lagi pada masa akan datang.
TRONOH, PERAK, 11 SEPTEMBER 2024 - Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 7 yang bertajuk Tips Dapat Duit Dari 'Live'.
Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Master Noorul yang merupakan "Digital Marketing Trainer". Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan.
APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan penceramah kerana meluangkan masa menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu dititikberatkan dalam mempromosikan barang jualan secara langsung melalui flatform media sosial seperti Facebook, TikTok dan sebagainya.
APBM Batu Gajah akan sentiasa mengadakan program-program yang berkaitan keusahawanan seterusnya membantu usahawan khususnya golongan belia di luar sana mengembangkan empayar perniagaan mereka. Terus sukses dan selamat maju jaya.
TRONOH, PERAK, 6 SEPTEMBER 2024 - Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Usahawan Bakeri & Pastri (Empower Bakers) Siri 2 bermula pada 4 hingga 6 September 2024 bertempat di APBM Batu Gajah.
Modul kursus adalah Empower Bakers (Soft Cookies) dan Empower Bakers (Pizza) disampaikan oleh Puan Azila bt. Md Ali serta Cik Intan Nabila bt. Salehuddin daripada Tenaga Pengajar Azila's Kitchen Kuala Kangsar, Perak.
Objektif Kursus Usahawan Bakeri & Pastri (Empower Bakers) Siri 2 adalah bagi membantu belia dalam golongan B40, ibu tunggal dan belia OKU untuk menjana pendapatan melalui perniagaan bakeri dan pasteri serta membimbing dan membantu usahawan belia dalam bidang ini bagi mengembangkan potensi pernigaan. Sesi pembelajaran juga dijalankan secara praktikal bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Hadir bersama adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Anda semua terbaik dan hebat. Semoga berjaya dan jumpa lagi.
TRONOH, PERAK, 5 SEPTEMBER 2024 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan@APBMBG Siri 6 yang bertajuk Suburkan Inovasi Semarakkan Keusahawanan.
Webinar berlangsung selama dua jam melalui platform Zoom Meeting dan LIVE Facebook Page Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Inovasi adalah berkaitan produk atau perkhidmatan yang diperbaharui dan dikemaskini ke dalam proses yang baru, dengan memperkenalkan teknik baru atau mewujudkan idea yang berjaya. Inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan di dalam keadaan persaingan yang sengit. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Coach Lizam Karim yang merupakan Advance Coaching & Consultant serta dibantu oleh En. Kamaruzaman bin Kamaruddin.
Pihak APBM Batu Gajah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang webinar tersebut dijalankan. Program webinar seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan belia yang berilmu.