- APBM Batu Gajah
- Hits: 440
LAWATAN BELIA INDIA KE AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 24 OKTOBER 2024 – Belia dari Negara India telah mengadakan kunjungan ke APBM Batu Gajah sempena Program Pertukaran Kumpulan Pelajar dan Belia Antarabangsa 2024. Delegasi diketuai oleh Dr. Dinesh Gajendran merupakan Peneraju dan Pengarah Eksekutif @Audacious Dreams Foundation, India. Manakala Ketua Rombongan pelajar adalah En M. S. Saravanan Pengetua Sekolah Shrithi, Tamil Nadu, India.
Program ini telah berlangsung di Auditorium APBM Batu Gajah. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Dr. Dinesh Gajendran. Seterusnya ucapan aluan kepada belia dan delegasi dari India telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah. Tuan Pengarah telah memberi penerangan ringkas mengenai sejarah, misi dan visi, program-program yang dianjurkan APBM Batu Gajah dan sebagainya. Kemudian disusuli pula sesi dialog antara Pengarah APBM dengan Belia dari India. Acara kemuncak dalam program ini adalah pertukaran cenderahati antara delegasi dari India dan APBM Batu Gajah.
Hadir bersama adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah selaku pengacara majlis bagi Program Pertukaran Kumpulan Pelajar dan Belia Antarabangsa 2024. Turut serta adalah pegawai-pegawai daripada Bahagian Latihan APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 440










