PAMERAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2025

TELUK INTAN, PERAK, 15 MEI 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak bersama Majlis Belia Daerah Hilir Perak serta Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Hilir Perak Tahun 2025 bertempat di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan.

Antara yang menyertai program ini adalah Hotlink, Giat MARA Teluk Intan, SK Sultan Abdul Aziz (Teluk Intan) dan sebagainya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak.

TEAM Pameran dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menyertai pameran bagi mempromosikan program serta kemudahan yang ada di APBM Batu Gajah kepada masyarakat setempat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search