- APBM Batu Gajah
- Hits: 87
PAMERAN INTERAKTIF SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 87
IPOH, PERAK, 18 MEI 2025 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan Program Pameran Interaktif Sempena Karnival Sambutan Hari Belia Nagara (HBN) Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 bermula pada 17-18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.
Antara agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini adalah Majlis Belia Negeri Perak, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Pesurujaya Sukan Malaysia, KPDNKK Negeri Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak, PLPK HRD Corp., Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Akademi Kenegaraan Negara Malaysia Negeri Perak, PDRM, Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Kitchen Garden Batu 10 Lekir (KGBSL), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Buluh Mainecoon Petshop dan sebagainya.
Team Pameran Dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah membuka BOOTH pameran dan menyediakan khidmat perkongsian maklumat mengenai fungsi dan peranan APBM Batu Gajah dalam pembangunan belia khususnya dalam bidang keusahawanan serta program APBM Batu Gajah sepanjang 2025.