PROGRAM BIZ TALK USAHAWAN @IPTA SIRI 1

TRONOH, PERAK, 8 MEI 2025 - Cawangan Penyelarasan Data Dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Biz Talk Usahawan @IPTA Siri 1 bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah.

Antara yang menyertai Program Biz Talk Usahawan @IPTA ini adalah pelajar daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Institu Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kolej Vokasional Seri Iskandar (KVSI), Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Vokasional Addin dan Giat MARA Negeri Perak.

Objektif Program Biz Talk Usahawan@IPTA Siri 1 ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada peserta khususnya kepada belia bersekolah serta belia di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam memahami konsep asas keusahawanan dan kelebihan menceburi bidang perniagaan. Selain itu, menggalakkan peserta untuk mempelajari ilmu keusahawanan yang berpotensi untuk mencipta perniagaan yang memberi pulangan lumayan serta memacu dan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Slot pertama "Dari Pelajar Ke Usahawan : Misi Anda Bermula Sekarang…!" disampaikan oleh Cik Nikky Pir Khan merupakan Pengarah Urusan Company Nikki Pir Khan Touch serta Industri Coach & Trainer.

Manakala slot kedua pula adalah “Sembang Santai Tapi Berinspirasi…!”telah disampaikan oleh Puan Nur Fateha Abd Samad (Kakak Popia) merupakan seorang Founder Lazizon Food & Beverage. Beliau mengusahakan popia mini pelbagai perisa yang beroperasi di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Beliau juga merupakan alumni peserta Program anjuran APBM Batu Gajah iaitu Step To Success Siri 3/2022.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search