- APBM Batu Gajah
- Hits: 108
LAWATAN USAHAWAN NIAGA KE DUA PREMIS MILIK NURUL NATASYA ADIRA BINTI HAMSA

LUMUT, PERAK, 17 DISEMBER 2024 – Lawatan Usahawan Niaga yang terakhir bagi tahun 2024 adalah ke Syarikat Natasya Adira Hotel yang terletak di Jalan Teluk Muruh, 32200, Lumut menjalankan perniagaan berasaskan bidang perhotelan yang mula beroperasi pada Mei 2024 tetapi pada Oktober 2024 ditutup sementara kerana kerja-kerja renovasi dan akan dibuka tidak lama lagi. Lokasinya berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Teluk Batik, Lumut dan Jeti ke Pulau Pangkor.
Perniagaan kedua milik beliau adalah Glass And Aluminium Works. Syarikat yang didaftar dengan nama Natasya Adira Legacy terletak di No. 110, Jalan Berjaya 1, Taman Berjaya, 32000 Sitiawan mengusahakan perniagaan pemasangan cermin kedai, bank (cermin tebal), kabinet rumah dan parttion pejabat. Beliau telah menjalankan perniagaan ini selama 11 tahun.
Untuk mengetahui dengan lanjut lagi, silalah layari laman media sosial beliau seperti Facebook, Twitter, Telegram : نتاشا اديرا همزا. Turut serta dalam lawatan niaga ini adalah Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 108











