- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN
- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
TRONOH, PERAK, 20 OGOS 2025 – Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138, satu Program Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan telah diadakan ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2025.
Program naziran ini dilaksanakan oleh Pasukan Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan memberi tumpuan kepada Naziran Dokumen Kewangan Belanja. Antara objektif utama pelaksanaannya adalah untuk memastikan pematuhan kepada Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) dan peraturan kewangan semasa, menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan pengurusan perakaunan akruan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam proses penyediaan serta pengurusan dokumen kewangan.
Hasil daripada naziran ini diharap dapat membantu PTJ APBM Batu Gajah meningkatkan tahap integriti, kecekapan, dan ketelusan dalam pengurusan kewangan, selaras dengan objektif transformasi perakaunan akruan sektor awam.
