PERHIMPUNAN BULANAN APBM BATU GAJAH BIL. 3/2025

TRONOH, PERAK, 3 SEPTEMBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah terus memperkukuh komunikasi dan semangat kebersamaan warga kerja melalui Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2025 yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman APBM Batu Gajah.

Program anjuran Cawangan Penyelarasan Dan Strategik ini menjadi platform penyampaian amanat semasa daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta ruang penghargaan kepada warga kerja. Majlis turut meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan selain penyampaian sumbangan kebajikan daripada Kelab Keluarga dan Rekreasi APBM Batu Gajah kepada Pn. Ernie bt. Zulkifli atas kehilangan bapa tercinta baru-baru ini.

Perhimpunan disempurnakan dengan ucaptama dan perasmian oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang menekankan komitmen organisasi dalam menyemai nilai kekeluargaan, dedikasi serta integriti dalam kalangan warga kerja.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search