KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SOSIAL 2025 MELABUHKAN TIRAI

TRONOH, PERAK, 29 OGOS 2025 – Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan kerjasama strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Sosial 2025 dengan penyertaan yang penuh semangat melibatkan dua modul utama iaitu Gunting Rambut (Lelaki) serta Bakeri & Pastri (Perempuan).

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada belia mengenai kepentingan menceburi bidang keusahawanan sosial, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat dalam usaha memperkasa agenda pembangunan sosioekonomi negara. Kursus ini telah menampilkan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Modul Gunting Rambut dikendalikan oleh En. Ahmad Adri bin Jamaludin, En. Ahmad Asraff bin Jamaluddin, En. Muhammad Abid Syahmi bin Muhamad Sayuti dan En. Muhammad Nabil Najmi bin Mohd Rodzi. Sementara itu, modul Bakeri & Pastri disampaikan oleh Pn. Rahimatun Suhaila binti Hassan Basri, Pn. Suhaida binti Zainudin dan Pn. Nurzaimanishah binti Othman dari Sue Ella Baked Enterprise.

Program ini merupakan salah satu inisiatif APBM Batu Gajah dalam memperkasa usahawan belia khususnya dalam bidang keusahawanan sosial, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dalam melahirkan belia berilmu, produktif serta berdaya saing.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search