- APBM Batu Gajah
- Hits: 84
PENGURUSAN INTEGRITI: ISU RASUAH DALAM PENJAWAT AWAM
- APBM Batu Gajah
- Hits: 84
TRONOH, PERAK, 3 SEPTEMBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan siri ceramah bertajuk “Pengurusan Integriti: Isu Rasuah dalam Penjawat Awam” bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah.
Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Yunaisvari a/p Vengidasalam, Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menekankan faktor-faktor penyumbang kepada berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam serta langkah pencegahan yang perlu diberi perhatian.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai bahaya dan implikasi rasuah, sekali gus memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam. Ceramah seumpama ini akan terus diperluas bagi memastikan nilai ketelusan, amanah dan kebertanggungjawaban sentiasa menjadi teras dalam melaksanakan tugas.
