GAYA HIDUP SIHAT TERUS SEMARAKKAN WARGA KERJA APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 3 SEPTEMBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah sekali lagi telah menganjurkan siri ceramah bertajuk “Gaya Hidup Sihat” bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Nur Hanina binti Muhammad Nasir, Pegawai Perubatan U12 dari Klinik Kesihatan Tronoh, yang berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang perubatan dan merupakan anak jati Batu Gajah.

Dalam perkongsiannya, beliau menekankan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat, menjaga berat badan, tidak merokok, melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dan berjoging, serta menjaga kesihatan mental khususnya dalam menangani isu kemurungan.

Program ini dilihat penting dalam memperkukuh pengetahuan dan meningkatkan kesedaran warga APBM Batu Gajah mengenai gaya hidup sihat. Penganjuran ceramah seumpama ini wajar diteruskan bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search