PAMERAN SEMPENA KARNIVAL MERDEKA SEJAHTERA MADANI 2025

KAMPUNG GAJAH, PERAK, 30 OGOS 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melalui Team Pameran dan Promosi telah dijemput untuk menyertai Pameran Sempena Karnival Merdeka Sejahtera Madani 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak (DUN Kampung Gajah). Pameran ini berlangsung di Dataran UMNO Pasir Salak dan mendapat sambutan meriah daripada orang ramai.

Pameran tersebut turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn. Bhd. (Pusat Aspirasi Anak Perak), KEMAS, Giat MARA, Kolej Komuniti Pasir Salak, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah, Angkatan Pertahanan Awam Perak Tengah, Klinik Medifa Care Sdn. Bhd. dan sebagainya.

Dalam penyertaan kali ini, Team Pameran dan Promosi APBM Batu Gajah telah membuka booth pameran khusus bagi memperkenalkan fungsi, peranan serta kemudahan yang disediakan di APBM Batu Gajah. Antara fokus utama ialah perkongsian maklumat berkaitan program pembangunan belia, bidang keusahawanan, latihan kemahiran, serta pelbagai inisiatif APBM Batu Gajah sepanjang tahun 2025.

Penyertaan APBM Batu Gajah ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali lebih dekat peranan APBM, malah turut menjadi medium hebahan bagi menarik lebih ramai belia untuk menyertai program latihan dan pembangunan yang ditawarkan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search