MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN (STEP TO SUCCESS) 2025

BAGAN LALANG, SEPANG, SELANGOR, 29 OGOS 2025 – Kursus Rancangan Perniagaan (Step To Success) 2025 yang dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis perasmian penutup yang berlangsung di Pusat Latihan LKIM, Camar Laut, Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Program selama empat hari bermula 26 hingga 29 Ogos 2025 ini bertujuan untuk memperkasa golongan belia dalam penyediaan Kertas Rancangan Perniagaan (RP) selain meningkatkan pengetahuan dalam aspek pemasaran, kewangan dan pentadbiran perniagaan. Program ini turut memberi pendedahan mengenai cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dalam memulakan perniagaan serta membimbing peserta mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi dan mampan.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah di bimbing oleh penceramah berpengalaman, Puan Nurliana binti Muhammad, seorang usahawan berjaya merangkap Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia Malaysia. Perkongsian beliau telah memberi impak besar kepada para peserta terutamanya dalam aspek inovasi model perniagaan dan teknik penyampaian pitching yang berkesan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak yang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua peserta di atas komitmen serta semangat keusahawanan yang ditunjukkan sepanjang kursus ini.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search