PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA ERATKAN UKHUWAH WARGA KERJA APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 18 JULAI 2025 – Biro Kerohanian Kelab Keluarga dan Rekreasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Jom Kacau Bubur Asyura bertempat di perkarangan garaj kenderaan APBM Batu Gajah.

Program ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan aktiviti ‘rewang’ yang melibatkan penyertaan daripada warga kerja APBM Batu Gajah termasuk kakitangan, pekerja pembersihan dan landskap. Seterusnya, aktiviti memasak dan mengacau bubur asyura dijalankan secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada semua warga APBM.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan bermuafakat dalam kalangan komuniti kerja APBM. Aktiviti seumpama ini juga berperanan sebagai medium penghayatan nilai-nilai murni, kekeluargaan dan kebersamaan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

“Bersama Mengeratkan Ukhuwah, Menyemai Nilai Murni”

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search