PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR CAMPURAN APBM BATU GAJAH 2025 MERIAHKAN SUASANA KEKELUARGAAN WARGA KERJA

TRONOH, PERAK, 16 JULAI 2025 – Unit Sukan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan kerjasama Kelab Keluarga dan Rekreasi APBM telah berjaya menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Campuran APBM Batu Gajah 2025 bertempat di Gelanggang Bola Tampar APBM Batu Gajah.

Acara yang berlangsung bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi itu menyaksikan penyertaan aktif daripada pegawai APBM Batu Gajah bersama pekerja kontrak pembersihan dan landskap. Objektif utama penganjuran ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja selain memupuk semangat kekitaan serta mempereratkan hubungan silaturahim merentas peranan dan jawatan.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi medium riadah dan rekreasi, malah menyerlahkan budaya kerja positif yang menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal warga APBM Batu Gajah. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan dan memeriahkan perlawanan ini. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan di masa akan datang demi kesejahteraan komuniti kerja yang harmoni dan proaktif.

Turut mengambil bahagian dalam perlawanan ini ialah Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, yang telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi bersama para peserta lain.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search