LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA JULAI 2025: SAHAF PARADIGM TERUS UNGGUL DALAM PERNIAGAAN PAKAIAN BERKUALITI

TAIPING, PERAK, 9 JULAI 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah meneruskan inisiatif Lawatan Usahawan Belia Niaga bagi bulan Julai 2025 ke premis Sahaf Paradigm Enterprise yang menggunakan jenama 'Suit Millenia Collection' iaitu sebuah syarikat perkongsian yang diusahakan oleh Mohamad Shaiful bin Mohd Shariff dan Muhammad Salehan Alhafiz bin Mat Wajar.

Beroperasi di Lot 9, Arked MARA Taiping, syarikat ini telah bertapak selama empat tahun dalam bidang runcit dan jualan pakaian formal lelaki dan perempuan, termasuk perkhidmatan ubah suai pakaian. Syarikat ini sentiasa memastikan kualiti produknya senantiasa memenuhi standard yang tinggi, mereka menawarkan produk berasaskan kain tebal dan premium serta pengubahsuaian percuma, menjadikan mereka pilihan utama pelanggan daripada jabatan,agensi juga NGO.

Suit Millenia Collection turut menerima sokongan dan dana daripada pelbagai agensi seperti PUNB, serta bantuan mesin jahit dan papan tanda daripada NCER, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan SME Corp. Dana dan bantuan ini, sekali gus terus memperkukuh operasi perniagaan mereka.

Antara cabaran utama yang dihadapi termasuk persaingan pasaran dan isu harga, namun mereka melihat potensi besar dalam memperluas pasaran dengan keperluan kepada kursus seperti pemasaran & publisiti serta akses geran & bantuan perniagaan bagi memacu pertumbuhan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search