- APBM Batu Gajah
- Hits: 94
KURSUS I-SKILL TVET SIRI 3 BARBER MASTERCLASS PERKASA KEMAHIRAN BELIA DALAM BIDANG GROOMING
- APBM Batu Gajah
- Hits: 94
TRONOH, PERAK, 19 JULAI 2025 – Cawangan Pembangunan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah berjaya menganjurkan Program I-Skill TVET Siri 3: Barber Masterclass bertempat di APBM Batu Gajah.
Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pn. Ernie binti Zulkifli, Ketua Cawangan Pembangunan Data Dan Promosi telah memperkenalkan objektif dan perjalanan program kepada para peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman dari Team Marhaen Barbershop, Kulim, Kedah, yang terdiri daripada Muhamad Safuan bin Anuar, Mohd Jamil bin Mohd Yusof, Muhammad Faris bin Zalmi, Saiful Edyham bin Abdull Manap dan Mohd Khairul Redzuan bin Abu Hassan.
Modul kursus meliputi pelbagai aspek asas dalam bidang barbering antaranya pengenalan jenis peralatan dan cara penggunaannya, teknik mencukur, demonstrasi pemotongan rambut, sesi amali serta latihan dalam kumpulan. Pendekatan interaktif dan praktikal yang digunakan memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran dengan lebih berkesan.
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi kefahaman serta pengetahuan berasaskan kemahiran asas menggunting rambut kepada peserta, selain menerapkan kepentingan kemahiran ini dalam bidang keusahawanan yang berpotensi menjana pendapatan yang stabil dan lumayan.
APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan barisan tenaga pengajar yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi belia dalam bidang teknikal dan vokasional khususnya dalam sektor perkhidmatan grooming. Selamat maju jaya kepada semua peserta.
