TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK BAGI SEBUT HARGA PENYELENGGARAAN BLIND CURTAIN

TRONOH, PERAK, 13 OGOS 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan satu sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Sebut Harga Penyelenggaraan Blind Curtain bertempat di premis APBM Batu Gajah, Perak.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Noraliana binti Mohd Alwi, yang menerangkan secara terperinci skop kerja dan keperluan penyelenggaraan. Turut hadir ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang memberikan ucapan aluan dan menekankan kepentingan mutu kerja serta komitmen kontraktor dalam memastikan kelancaran operasi.

Kakitangan APBM Batu Gajah turut terlibat dalam pengurusan pendaftaran pelawat, pengiringan sepanjang lawatan tapak serta memastikan kelancaran keseluruhan program. Pihak APBM berharap agar kontraktor yang terpilih kelak dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, berkesan dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search