- APBM Batu Gajah
- Hits: 47
LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA CAWANGAN PENGEMBANGAN DAN INOVASI MENGINSPIRASI USAHAWAN MUDA TEMPATAN
- APBM Batu Gajah
- Hits: 47
BANGI, SELANGOR, 29 JULAI 2025 – Satu sesi lawatan rasmi telah diadakan ke premis perniagaan milik seorang usahawan belia, Muhammad Naim bin Ruslan, pemilik syarikat Silver Biz Empire yang terletak di No. 8, Jalan Bangi Avenue 7/12, Bangi Avenue 3, Seksyen 7, 43000 Kajang, Selangor.
Silver Biz Empire yang beroperasi dalam bidang makanan dan minuman (F&B) menawarkan pelbagai produk makanan kepada pelanggan tempatan dan luar kawasan, dengan penekanan terhadap kualiti dan cita rasa. Dalam lawatan tersebut, Muhammad Naim berkongsi cabaran utama yang dihadapi sepanjang mengusahakan perniagaannya, antaranya ialah persaingan dalam pasaran dan usaha mengekalkan kualiti produk. Walau bagaimanapun, beliau terus gigih memperkukuhkan penjenamaan dan pemasaran bagi meningkatkan daya saing syarikatnya, khususnya dalam pasaran francais.
Beliau turut berkongsi kejayaan yang membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Business Challenge dalam anugerah Smart Entrepreneurship di bawah Program Pemotoran Usahawan PEB Wilayah Persekutuan, yang menjadi bukti komitmen dan dedikasi beliau dalam dunia keusahawanan belia.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Lawatan ini diharap dapat menyuntik inspirasi kepada lebih ramai golongan belia untuk menceburi dunia keusahawanan dengan lebih yakin dan berdaya saing.