- APBM Batu Gajah
- Hits: 139
KURSUS I-SKILL TVET SIRI 4: STREET BARISTA – MEMBINA KEMAHIRAN, MENEROKA PELUANG KEUSAHAWANAN BELIA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 139
TRONOH, PERAK, 9 OGOS 2025 – Cawangan Pembangunan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Program I-Skill TVET Siri 4: Street Barista bertempat di APBM Batu Gajah.
Program ini dirancang bagi memberikan pendedahan kemahiran asas pembuatan kopi kepada golongan belia, sekali gus membuka ruang kepada peluang keusahawanan yang berdaya maju. Kursus ini dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman daripada Encik Chin Zan Mun, Encik Mohamad Syafiq bin Saad, Encik Tan Yi Weng, Mohd Azam Hafizi Bin Mohd Fadzli, Mohamad Zulfitri bin Abdullah, Ahmad Zulhazmi bin Zainal Abidin serta Mohd Zarul Haffiez bin Zakaria dari VA Project Global Resouces.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada modul pembelajaran yang komprehensif meliputi Pengenalan Asas Kopi, Pengenalan Mesin Grinder Kopi, Pengenalan Mesin Espresso, Kaedah Pembuatan Kopi serta Asas Latte Art. Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja mempelajari teknik penyediaan kopi yang betul, malah memahami potensi besar industri kopi dalam menjana pendapatan.
Objektif utama penganjuran adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran praktikal kepada belia, di samping memupuk minat mereka terhadap bidang keusahawanan berasaskan kemahiran. Seterusnya dapat dimanfaatkan sebagai asas untuk membina perniagaan yang stabil dan berdaya saing.
APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta barisan tenaga pengajar yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kursus ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang berharga ini menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi belia dalam industri pembuatan dan penyediaan kopi.
