MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN (STEP TO SUCCESS) ZON SARAWAK 2025

KUCHING, SARAWAK, 1 OGOS 2025 – Kursus Rancangan Perniagaan (Step To Success) Zon Sarawak 2025 anjuran Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah melabuhkan tirainya dalam sebuah majlis penutupan rasmi yang berlangsung di Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, Sarawak.

Program intensif yang berlangsung selama empat hari bermula 29 Julai hingga 1 Ogos 2025 ini dirangka khusus bagi memperkasakan golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun dalam penyediaan Kertas Rancangan Perniagaan (RP) yang mantap dan berdaya saing. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan beberapa aspek penting dalam perniagaan seperti Pemasaran Strategik, Pengurusan Kewangan, Pematuhan Perundangan, Operasi, serta Pembangunan Model Perniagaan melalui pendekatan Business Model Canvas dan Latihan Pitching.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah dibimbing secara intensif oleh penceramah jemputan, Encik Rosland Buja, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Keusahawanan, Politeknik Kuching, Sarawak. Beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat berguna, terutamanya dalam membentuk inovasi model perniagaan serta meningkatkan tahap kemahiran komunikasi berkesan dalam sesi pembentangan rancangan perniagaan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta atas semangat, kesungguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search