SELAMAT DATANG WARGA BAHARU APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 5 OGOS 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan penuh rasa hormat dan penghargaan telah menyambut kehadiran Pembantu Khidmat Am baharu, Puan Salmah binti Abas, yang kini secara rasmi menyertai barisan warga kerja institut ini.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Encik Mohd Nazri bin Mustafa, yang telah menamatkan perkhidmatan awamnya selepas menabur bakti selama beberapa dekad. Keperibadian serta komitmen tinggi beliau semasa berkhidmat di APBM Batu Gajah telah meninggalkan impak yang besar kepada organisasi.

Puan Salmah binti Abas, yang mempunyai pengalaman luas selama 15 tahun dalam perkhidmatan awam, sebelum ini pernah berkhidmat di Kompleks Sukan Air Rompin, Pahang, dan seterusnya di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua sebelum dipindahkan ke APBM Batu Gajah. Kehadiran beliau diharap dapat membawa nafas baharu dalam melaksanakan tugasan serta membantu menjayakan pelbagai perancangan strategik institut ini.

Seluruh warga kerja APBM Batu Gajah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada Puan Salmah serta selamat bersara dan terima kasih kepada Encik Mohd Nazri atas segala sumbangan dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search