LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA KE KARYABHARA THE HIPSTER CAFE, WANGSA MAJU

WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR, 12 JUN 2025 – Cawangan Penyelarasan Data dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah mengadakan Lawatan Usahawan Belia Niaga ke premis milik usahawan belia, Jumaitul Laily Zakiah, yang terletak di Karyabhara The Hipster Cafe, Wangsa Maju.

Kafe ini diusahakan di bawah syarikat Gerbang Ideal Global Sdn. Bhd., dan telah mula beroperasi sejak 12 November 2021. Berkonsepkan gabungan gaya moden dan santai, Karyabhara The Hipster Cafe menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menarik termasuk hidangan lauk kampung tradisional, Masakan Barat (Western), Fusion Food & Malaysian Food. Pelbagai pastri serta pencuci mulut (Dessert). Selain itu, kafe ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan acara dan hiburan seperti Live Music / Acoustic Night, Open Mic / Stand-up Comedy, Majlis Hari Jadi, Akikah, Doa Selamat, Majlis Pernikahan & Makan Beradab.

Lawatan ini memberi peluang kepada pihak APBM untuk meninjau sendiri kejayaan usahawan belia dalam mengendalikan perniagaan yang berasaskan makanan dan hiburan, serta menjadi contoh inspirasi kepada peserta-peserta program pembangunan keusahawanan belia yang lain.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang menyatakan penghargaan terhadap kesungguhan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh pengusaha muda ini dalam memajukan perniagaan berasaskan nilai tempatan dan konsep kontemporari.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Karyabhara The Hipster Cafe boleh mengikuti mereka melalui media sosial berikut  Facebook & Instagram: Karyabhara ,   TikTok: @karyabharacafe

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search