MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS EMPOWER BAKERS SIRI 2 MERIAH DI SUNGAI SIPUT

SUNGAI SIPUT, PERAK, 26 JUN 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melalui Cawangan Penyelarasan dan Strategik telah berjaya menganjurkan Kursus Empower Bakers Siri 2 yang memfokuskan kepada masakan barat dan pencuci mulut (Western Food dan Dessert) bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Sungai Siput (U), Perak. Kursus ini berlangsung selama tiga hari, bermula dari 24 hingga 26 Jun 2025.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran praktikal dalam bidang masakan kontemporari, membimbing para belia serta usahawan muda dalam memahami konsep asas dan lanjutan perniagaan dalam bidang kulinari, serta membuka peluang luas untuk mereka menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi.

Kursus ini telah dikendalikan oleh barisan Tenaga Pengajar Masakan KEMAS yang berpengalaman, iaitu Pn. Analiza binti Umor, Pn. Nur Quraishia binti Kamaruddin dan Pn. Nurhudayu binti Jamaludin, yang telah berkongsi kepakaran dan ilmu secara intensif kepada para peserta.
Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar serta pihak urus setia yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang kursus berlangsung. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar dalam bidang keusahawanan makanan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search