LAWATAN USAHAWAN NIAGA KE PREMIS MILIK NURSYAZWANI BINTI MOHD SOPI

TASEK GELUGOR, PULAU PINANG, 23 MEI 2025 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah mengadakan Lawatan Usahawan Niaga yang pertama bagi tahun 2025 ke syarikat Al Lathiif Fresh And Frozen Mart milik Nursyazwani binti Mohd Sopi yang terletak di No. 2A, 6,8,10 &12, Lorong Pasar 2, Pusat Perniagaan Pasar Awam, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Bidang perniagaan beliau adalah peruncitan yang menyediakan perkhidmatan barangan basah dan runcit. Beliau telah menjalankan perniagaan ini selama 1 tahun 3 bulan dengan modal pembiayaan sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, silalah layari laman media sosial beliau seperti Facebook, Twitter, Telegram : Al Lathiif Mart.

Turut serta dalam lawatan niaga ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. 

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search