- APBM Batu Gajah
- Hits: 68
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 68
PUTATAN, KOTA KINABALU, SABAH, 26 MEI 2025 - Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan 2025 bermula 23 - 26 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Program ini diadakan dengan objektif memberi pengatahuan dan pemahaman kepada para peserta berkenaan Asas Pengurusan Kewangan serta "template" penyata kewangan yang bersesuaian, memberi kefahaman kepada peserta berkenaan tatacara pengurusan dokumen dan merekodkan semua transaksi perniagaan secara tepat dan sistematik serta kos-kos yang perlu diambil kira di dalam pelaksanaan sesuatu projek sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, membolehkan peserta menyediakan belanjawan pemasaran dengan baik dan tersusun serta memberi kefahaman mengenai peluang-peluang perniagaan dan kemungkinannya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak.Terima kasih kepada semua yang terlibat. Selamat maju jaya dan jumpa lagi.