- APBM Batu Gajah
- Hits: 93
PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 4 - PEMBIAYAAN GERAN USAHAWAN BELIA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 93
TRONOH, PERAK, 25 MAC 2025 – Cawangan Penyelarasan Dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak telah menganjurkan PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 4 bertajuk Pembiayaan Geran Usahawan Belia.
Program Webinar ini telah berlangsung selama dua jam melalui platform Zoom Meeting dan LIVE Facebook Page Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program webinar ini adalah Encik Fazul Bin Jamaludin, Pegawai MARA Negeri Perak.
Pihak APBM Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang webinar berlangsung. Program seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berilmu dan seterusnya memperkasakan golongan belia dalam bidang perniagaan.