- APBM Batu Gajah
- Hits: 65
MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 2/2025 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 65
TRONOH, PERAK, 21 APRIL 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Bil 2 bagi tahun 2025 bertempat di Bilik Gerakan APBM Batu Gajah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah dan dihadiri kakitangan APBM Batu Gajah.
Intipati mesyuarat adalah pembentangan pelbagai perkara merangkumi Pengurusan dan Kewangan, Laporan Jawatankuasa Dewan Makan dan Kafeteria, Jawatankuasa Kebersihan, Jawatankuasa ICT, Jawatankuasa Pameran dan Promosi, Jawatankuasa Sukan dan Khidmat Komuniti, Jawatankuasa Kuarters, Jawatankuasa Kemudahan dan Asrama, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Pengurusan Aset serta Laporan Bahagian Latihan.
Tuan Pengerusi mengingatkan para pegawai untuk terus menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti serta mengekalkan keharmonian dan bekerja sebagai satu pasukan.