MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS AGRO YOUTH SIRI 1 - TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM

TRONOH, PERAK, 25 APRIL 2025 - Cawangan Penyelarasan dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Agro Youth Siri 1 - Teknik Penanaman Cendawan Tiram bermula pada 22-25 April 2025 bertempat di APBM Batu Gajah, Perak.

Objektif penganjuran kursus adalah Amalan Pertanian Baik atau Good Agricultural Practises (GAP), falsafah, konsep dan teknik pengurusan projek dalam bidang pertanian khususnya dlm penanaman cendawan tiram, kaedah pengiraan kos untung rugi projek pertanian serta kepentingan kawalan penyakit dan perosak bagi mengoptimumkan pengeluaran tanaman. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah En. Muhammad Puhaz bin Salleh, En. Azwan Mahyuddin, Pn. Raudah bt. Talib, Pn. Fazila bt. Mohd Zin, Irman bin Ibrahim dan En. Asman Bin Hamzah.

Terima kasih kepada tenaga pengajar dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Anda semua terbaik dan hebat. Semoga berjaya dan jumpa lagi.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search