PERASMIAN PENUTUP KEM PEMILIHAN PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2025

TRONOH, PERAK, 22 APRIL 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan program Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2025 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah (APBM Batu Gajah), Perak bermula pada 19 - 22 April 2025.

Program ini diadakan bagi mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan belia Malaysia untuk menyertai pelbagai program dan aktiviti pertukaran belia antarabangsa yang dikendalikan oleh JBSN. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea Selatan, Program Pertukaran Pemimpin Belia Malaysia – Singapura, Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) serta Seminar, Bengkel dan lain-lain. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat melahirkan belia-belia terbaik bagi mewakili negara dipentas dunia. Selamat maju jaya.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Hartini Binti A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia JBSN. Turut serta dalam program ini adalah Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah, selaku Panel Penilai bagi Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2025.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search