PROGRAM BICARA ASPIRASI H.E.M.A.T ZON UTARA, ASPIRASI MENUJU REFORMASI

BUTTERWORTH, PULAU PINANG, 17 APRIL 2025 – Program Bicara Aspirasi H.E.M.A.T Zon Utara, Aspirasi Menuju Reformasi telah berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth, Pulau Pinang. Program ini disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahalan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Program Bicara Aspirasi H.E.M.A.T berteraskan prinsip iaitu Hemat Belanja, Efisien, Mesra, Amanah dan Telus, merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan objektif memperkukuhkan nilai-nilai teras perkhidmatan awam seperti integriti, ketelusan, akauntabiliti, membina kesedaran bersama tentang kepentingan budaya kerja cemerlang, berhemah dan berimpak tinggi. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi serta menyemai semangat kebersamaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Turut serta dalam Program Bicara Aspirasi H.E.M.A.T ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dan En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search