PROGRAM IHYA RAMADAN DAN CERAMAH “MISI MEMBURU MALAM AL-QADR”

TRONOH, PERAK, 24 MAC 2025 – Unit Bina Insan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan satu program kerohanian yang bertajuk Program Ihya Ramadan Dan Ceramah “Misi Memburu Malam Al-Qadr” bertempat di Surau At-Taqwa APBM Batu Gajah.

Program ini telah berlangsung selama 1 jam ini telah dsampaikan oleh Ustaz Azizanhabri bin Nurman, Imam Masjid Daerah Seri Iskandar. Selain itu terdapat pengisian lain diantaranya Majlis Berbuka Puasa secara berjemaah, menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah serta Solat Terawih bersama dan juga moreh. Antara yang menghadiri majlis korohanian ini adalah kakitangan APBM Batu Gajah bersama keluarga serta YB Sivakumar a/l Veratharaju Naidu daripada Parlimen Batu Gajah, Akademi bomba, IPD Perak Tengah, Balai Polis Pusing, IKBN Seri Iskandar, SMKA Sultan Azlan Shah, IPD Batu Gajah dan JBS Perak.

APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada YB Sivakumar a/l Veratharaju Naidu serta semua agensi-agensi lain yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Semoga program seperti ini menjadi amalan dan diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga Allah memberkati kita semua dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search