Perlawanan pertama pasukan Bola Tampar Wanita Terengganu bertemu pasukan Kedah sebentar tadi memperlihat keserasian pemain pasukan Bola Tampar Terengganu setelah menang dengan straight set 2-0.
Petang ini pasukan LSK Bola Tampar Terengganu akan bertemu Perak pada aksi ke 2 dan bertemu Selangor esok.
Tahniah diucapkan kepada pasukan LSK Bola Tampar Wanita Terengganu .
Pasukan LSK Terengganu terpaksa menerima kekalahan pada aksi pertama perlawanan menentang Selangor setelah aksi menarik yang di tunjukkan kedua-dua pasukan.
pasukan Sepak Takraw Terengganu akan bertemu pasukan Sabah dan bertemu pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan peringkat kumpulan.
Good Luck buat Pasukan LSK Sepak Takraw Terengganu.
KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER 2024 (AHAD) - Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2024 telah membuka tirai hari ini dengan Perasmian Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2024 telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli pada 24 Oktober 2024 (Khamis) lalu.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad selaku “Chef De Mission” pasukan Terengganu bagi Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2024 pada kali ini.
Mempertandingkan sukan Sepak Takraw, Bola Tampar Wanita, dan Ping Pong jom berikan sokongan seperti berikut:
KEMAMAN, 27 OKTOBER 2024 (KHAMIS) - Ribut petir dan hujan batu yang melanda daerah Kemaman pada petang semalam (23 Oktober 2024) telah mengakibatkan banyak kerosakan yang berlaku dan menyebabkan lebih kurang 160 buah rumah terjejas teruk akibat fenomena tersebut. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sekolah Menengah Agama Al-Falah yang terletak di Jalan Padang, Chukai, Kemaman.
Bertindak daripada situasi yang berlaku Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dengan mengerakkan sukerelawan Satria melalui program Rakan Prihatin: Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Kemaman Siri 2/2024. Seramai 35 orang sukarelawan yang berdaftar dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman telah hadir bersama-sama dengan pihak Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Daerah Kemaman, Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kemaman dan sukarelawan lain untuk membersihkan kawasan sekolah yang terjejas teruk akibat ribut petir dan fenomena hujan batu yang telah melanda daerah tersebut.
Program tersebut turut hadir oleh Pegawai Daerah Kemaman, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab yang turut sama-sama turun padang meninjau proses gotong-royong yang di adakan bersama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Muhamad Zulhelmi Hisham bin Rozlan pada 24 Oktober 2024 (Khamis) lepas.
Semoga dengan usaha kecil daripada Skuad Sukarelawan Satria ini mampu meringankan keperitan yang dihadapi oleh masyarakat setempat akibat daripada bencana yang melanda mereka. Kesungguhan dan solidariti yang ditunjukkan oleh para sukarelawan Satria dalam program ini walaupun dalam waktu dan hari bekerja menunjukkan bahawa elemen komitmen dan sifat kemanusian yang ditekankan dalam program kesukarelawanan KBS ini bertepatan dalam konteks kesejahteraan negara dan rakyat dengan menawarkan nilai murni dalam institusi kemasyarakatan seperti kesukarelawanan, kasih sayang, toleransi, empati serta pengorbanan.
TERENGGANU, 27 OKTOBER 2024 (AHAD) - Edisi kali ini menampilkan 25 pasukan yang terdiri daripada 15 kelab tempatan, termasuklah pasukan bertaraf benua Terengganu Cycling Team, dan 10 pasukan pasukan elit antarabangsa dari Australia, China, Eropah, Indonesia, Belanda, Filipina, Singapura dan Thailand, kesemuanya berentap untuk lima kategori utama bagi memenangi hadiah wang tunai sejumlah RM100,000 dan gelaran juara.
Majlis Perasmian Memperkenalkan Penaja Dan Pasukan Tour Gateh D’Tranung 2024 telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang mewakili YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Pada 23 Oktober 2024 (Rabu) lalu.
Pada majlis yang sama juga turut diperkenalkan jersi “Best Local Club Rider Classification” tajaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diwakili oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu untuk menerima gimik jersi.
TERENGGANU, 23 OKTOBER 2024 (RABU) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan Sesi Taklimat Tadbir Urus Yang Baik dan Sistem Saraan Pekhidmatan Awam (SSPA)pada 22 Oktober 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Intan, Hotel Permai, Kuala Terengganu. Sesi Taklimat telah disampaikan oleh Puan Suriani binti Mamat, Ketua Pembantu Tadbir telah JBSN Terengganu.
Intipati taklimat yang telah disampaikan adalah:-Menerangkan berkenaan penggelaran semula Gred Jawatan di bawah SSPA. Menerangkan berkenaan penambahbaikan struktur dan pelarasan gaji SSPA.
Kemudahan baharu dan ditambah baik mengikut SSPA telah diterangkan untuk makluman semua.Penerangan berkenaan tatacara pengisian borang opsyen SSPA secara terperinci.
Seterusnya Majlis meraikan pertukaran Pembantu Tadbir Daerah Marang iaitu Puan Azila bt Abidin yang telah bertukar ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Marang.
Semoga semua terus Cemerlang dan sukses dalam meneruskan perkhidmatan sebagai penjawat awam.
Program diteruskan dengan Taklimat Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa dikalangan Penjawat Awam kepada semua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Taklimat disampaikan oleh Puan Nur Elyani bt Alias, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu.
Hadir bersama Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (sukan) JBSNT dan Puan Nurul Afifa Sofina bt Azmi, Timbalan Pengarah (belia) JBSNT.
KUALA TERENGGANU, 23 OKTOBER 2024 (RABU) - YB Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO NegerI Terengganu telah menghadiri Mesyuarat Post Mortem Para Sukma XXI Sarawak 2024 bersama Pengarah JBSNT, Pegawai JBSNT, dan Pengurus Pasukan. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang bertempar di Bilik Mesyuarat Utama JBSN Terengganu pada 21 Oktober 2024 (Isnin)
Antara amanat utama yang disampaikan, YB EXCO memaklumkan Kerajaan Negeri akan bergerak seiring bersama JBSNT & PESRON Terengganu bagi mengenalpasti permasalahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan potensi dan prestasi Atlet Para Sukma Negeri Terengganu agar dapat mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.