- JBS Terengganu
- Hits: 27
PROGRAM RAKAN DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU SIRI 1/2025
- JBS Terengganu
- Hits: 27
HULU TERENGGANU, 26 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 1 Peringkat Daerah Hulu Terengganu Siri 1/2025 pada 25 Ogos 2025 bertempat di Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Hulu Terengganu. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.
Seramai 105 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Wan Rohila Ganti binti Wan Abdul Ghapar, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Hulu Terengganu dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Wan Azali bin Wan Yusof, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Turut hadir sama Tn. Haji Ali bin Mamat, Pengetua Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Hulu Terengganu serta Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program ini. Terutamanya Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam penganjuran program pada kali ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#rakanmuda
#teampbsdhulutrg
#rakandemokrasi
#klinikdemokrasi
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT