Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama lagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di Tahun Baharu 2023 bersamaan dengan Tahun 1444 Hijrah. Bersempena dengan tahun 2023 ini juga, saya bersama-sama dengan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi meningkatkan imej Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan memartabatkan amanat dari pihak Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan era transfomasi secara menyeluruh sepertimana yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Portal JBSNT ini merupakan medium yang menyalurkan maklumat, aktiviti, program dan perkembangan terkini mengenai Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda khususnya di Negeri Terengganu.
Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baharu dalam penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan meluas khususnya kepada belia-belia dan masyarakat amnya.
Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sentiasa membuka ruang kepada belia-belia untuk memberikan cadangan – cadangan penambahbaikan pelaksanaan Program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda yang sekaligus menggalakan belia-belia berhubungan secara langsung dengan Jabatan ini dalam mencapai sasaran untuk melahirkan belia-belia yang berkualiti, berketrampilan dan berilmu serta mampu menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu melaksanakan pelbagai program / aktiviti belia dan sukan serta sentiasa memberikan sokongan kepada setiap perancangan yang telah ditetapkan. Jabatan ini berharap semoga hubungan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti serta mampu melaksanakan setiap perancangan dengan jayanya bagi tahun 2023.
Sekian, terima kasih.
Asmadi bin Mohamad
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 17:08:12