MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI SIRI 6/2025 PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2025 - Telah berlangsung Siri 6 Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Penyu Muda (YTFC).

Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan memfokuskan kepada aktiviti senamrobik, berlari, berjalan dan pelbagai variasi kecergasan yang lain ianya melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

Seramai 72 orang peserta telah hadir dalam melaksanakan aktiviti Fun Walk 3KM bertempat di Padang Bola Kampung Padang Kemunting,kuala Nerus.

Turut hadir sama Puan Nurmazira dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dan AJK Tertinggi kelab bola sepak penyu muda.

Terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam aktiviti kali ini.

#TeamKBS
#Malaysiaaktif@komuniti
#PBSDKualaterengganu/kualanerus
#BeliaAktifNegaraSejahtera #MalaysiaMADANI

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search