- JBS Terengganu
- Hits: 27
UJIBAKAT JAGUH RAKAN MUDA @ TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 27
KUALA TERENGGANU, 23 OGOS 2025– Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro bakal memperkenalkan sebuah rancangan realiti baharu bertajuk Jaguh Rakan Muda X Astro, yang menjanjikan cabaran fizikal dan mental paling mencabar pernah disiarkan di kaca televisyen negara.
Bagi mencari peserta terbaik, sesi ujibakat terbuka akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.Rancangan ini menampilkan konsep “Cabaran Fizikal & Mental”, sekali gus membuka peluang kepada anak muda yang berdaya saing, lasak, dan bersemangat tinggi untuk membuktikan keupayaan diri.
Peserta yang berjaya dalam ujibakat ini akan dipilih untuk menyertai penggambaran episod utama rancangan dan seterusnya berentap bagi merebut gelaran Jaguh Rakan Muda.
Program ini dijangka menjadi platform utama bagi mencungkil bakat generasi muda dalam bidang kecergasan, ketahanan diri, dan kerja berpasukan, selain memperkasakan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi Rakan Muda.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMudaYakinBoleh
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT