- JBS Terengganu
- Hits: 203
SESI PENILAIAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP EMAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024
TERENGGANU, 21 OKTOBER 2024 (ISNIN) - Seramai dua puluh lapan orang calon peserta ARPRM Tahap Emas Negeri Terengganu telah selesai melalui sesi penilaian yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Besut pada 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Sesi penilaian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu secara fizikal yang melibatkan empat belas orang calon dan empat belas calon lagi secara atas talian. Kebanyakan calon yang membuat penilaian secara atas talian merupakan pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA di luar daerah Besut.
Pihak JBSNT mengucapkan terima kasih kepada Encik Mat Yusof bin Mat Ali dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Dr Normah binti Awang Noh dan Dr Tuan Muhammad Zukri bin Tuan Sembok pensyarah dari Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi dan Encik Supian bin Hassan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah sudi untuk menjadi panel penilai bagi sesi pada tahun ini.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 203
