PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025

SETIU, 24 OGOS 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Pembangunan Kepimpinan, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Intipati modul dalam program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta belia serta diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan dan potensi diri.

Seramai 50 orang peserta yang mempunyai latar belakang berbeza iaitu ahli persatuan belia, kelab belia tunggal, belia massa serta pelajar sekolah berjaya mengakhiri program ini selama 3 hari 2 malam.

Turut hadir sama Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Faizal bin Haron, Bendahari Agung Majlis Belia Negeri Terengganu serta Encik Muhamad Muzzamil bin Mokhetar, Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Terengganu, Encik Wan Salahudi bin Wan Othman, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan YM Syed Amirul Hafizi Al-Idrus bin Syed Abdul Aziz, Pengurus Lata Ulu Kasar Adventure Park, Setiu, Terengganu.

Semoga program ini dapat mencipta peluang yang lebih luas kepada peserta untuk pembangunan individu atau kepimpinan muda secara lebih holistik sekaligus memberi manfaat kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 13:35:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search