Di Jemput Bersama -Sama sertai kami di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) peringkat Negeri Terengganu 2024 townhall bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 26 Ogos 2024 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.\
MARANG, 21 OGOS 2024 (RABU) - Bertempat di Khaleeda Lodging & Recreation Centre Marang, seramai 59 peserta telah terlibat dalam pelaksanaan Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Terengganu yang bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2024.
Kem Belia 2024 selama 3 (tiga) hari disertai oleh 27 peserta lelaki dan 32 peserta perempuan melibatkan 3 daerah (Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang) dan 15 buah sekolah.
Majlis Perasmian penutup Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JBSN Dr Zainah binti Shariff. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Encik Abdul Razak bin Muda, Pengarah Pembangunan Sosial JBSN Encik Mohd Uzaini bin Mohamad Sani, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) Encik Kairil Anuar bin Muhammad dan Timbalan Pengarah (Belia) Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi.
Objektif utama pelaksanaan Kem Belia 2024 adalah bagi melahirkan belia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama,bangsa dan negara. Antara pengisian sepanjang Kem belangsung ialah Sesi Ice breaking, Senamrobik, Forensik Diri, Latihan Dalam Kumpulan, Personaliti Karamah, Slot PDRM (Belia dan Terrorisme), Slot Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Slot AADK (Belia Benci Dadah), Kepimpinan Generasi Madani, Slot Persatuan Bulan Sabit Merah, Slot Tazkirah Bersama YADIM dan Bicara Santai Bersama Unisza.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Kem Belia 2024 ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan pengisian sepanjang Kem Belia berlangsung. Semoga apa yang dipelajari akan menjadi titik tolak perubahan dalam diri belia untuk jadi lebih baik dan bermakna kepada belia akan datang.
Haaa, kami nak kongsikan yang program Genta Belia 2024 kini kembali dengan pelbagai program dan pengisian bertemakan 5 segmen
Genta Belia memberikan ilmu dan pendedahan berkenaan peluang dan penciptaan pekerjaan bagi menjana serta menambah pendapatan belia
Untuk destinasi akan datang, kita membawakan segmen keusahawanan secara percuma dan semua dijemput hadir seperti berikut:
: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
: Mulai 8.00 Pagi
: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Antara aktiviti yang menarik menanti anda adalah seperti perkongsian kisah kejayaan belia, forum bersama agensi, pameran agensi dan keusahawanan serta pelbagai lagi
KUALA TERENGGANU, 20 OGOS 2024 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 13 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kembara JOM akan diadakan pada 14 September 2024 dan program ini merupakan sebuah platform bagi mendapatkan aspirasi belia khususnya belia-belia di Negeri Terengganu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun serta NGO secara fizikal dan atas talian bagi membantu sama dalam persiapan serta pelaksanaan Kembara JOM Peringkat Negeri Terengganu.
Turut hadir sama En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan JBSN.
KUALA NERUS, 18 OGOS 2024- Seramai 65 peserta yang menyertai siri 5 Fit Malaysia@Komuniti Daerah Kuala Nerus telah menyahut cabaran dan berjaya dalam pendakian ke Puncak Bukit Jong dengan ketinggian 349mpl merupakan puncak bukit tertinggi di daerah Kuala Nerus. syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai dalam pendakian kali ini terima kasih kepada Kelab Sukan Bukit Maras dan Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu atas komitment dalam menjayakan program pada 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Anjuran: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus
Dengan kerjasama: Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras, Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu
Rakan Strategik: Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuala Nerus
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Amanah Lestari Alam (ALAM) akan menganjurkan *Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting pada 17 Ogos 2024 (Sabtu), bertempat di Setiu Wetlands, Permaisuri, Terengganu* dengan penyertaan seramai 35 orang sukarelawan bagi menanam anak pokok bakau. Program ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kelestarian alam menerusi gaya hidup Rakan Bumi.
Para sukarelawan akan disediakan makan minum (sarapan pagi dan makan tengah hari) beserta Sijil Penyertaan semasa program ini berlangsung. Manakala urusan pengangkutan adalah tanggungjawab para sukarelawan sendiri dan tidak disediakan oleh pihak penganjur.
KUALA TERENGGANU, 18 OGOS 2024 ( ISNIN) - Antara sukan baharu yang semakin mendapat tempat di Malaysia adalah pickleball.Pickleball dimainkan sama ada secara perseorangan atau regu menggunakan raket khas di gelanggang bersesuaian.
Bagi mendedahkan sukan ini dalam kalangan masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Persatuan Pickleball Malaysia mengadakan Program Pembangunan Sukan Baru Pickleball bertempat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Program yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan seramai 64 orang peserta terdiri daripada pelajar dan juga warga kerja PSMZA.
Sesi pertama penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hushshila bin Yusof, Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan (JSKK), PSMZA diiringi oleh Puan Wan Nor Hayati bin Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun.
Penutup Sesi kedua telah disempurnakan oleh Encik Rudi Harahap bin Mohd Ali Baba, Ketua Kursus Sukan Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan PSMZA diiringi oleh En. Ahmad Fazdli bin Mohammad, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSNT.
Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Radzi bin Muhamad & Datin Diana selaku Instruktur Pickleball dan juga terima kasih kepada pihak Politeknik SMZA dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
KEMAMAN, 19 OGOS 2024 (ISNIN) - Program Fit Malaysia @ Komuniti Peringkat Daerah Kemaman Siri 1 berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kemaman Pada 8 Ogos 2024 lepas.
Kami mencari anak Terengganu jika ada dikalangan anda yang lahir pada 31 Ogos boleh sertai kami pada 30hb Ogos di RTM TERENGGANU sempena misi Malaysia Book Of Records. Sila Imbas bar kod yang tertera..