- JBS Terengganu
- Hits: 182
TEAM PARA SUKMA NEGERI TERENGGANU BERJAYA MENAMATKAN KEDUDUKAN DI TEMPAT KE-9 DENGAN KUTIPAN 44 PINGAT KESELURUHAN
KUCHING, 30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) - Kontinjen Terengganu berjaya mengumpul sebanyak 44 pingat setelah 6 hari berlangsungnya Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Jumlah kutipan pingat akhir 10 emas, 19 perak dan 15 gangsa
Lebih 1,200 atlet dari 15 negeri menyertai Para SUKMA 2024, dengan olahraga menjadi lubuk emas utama apabila menawarkan sejumlah 132 pingat emas, diikuti renang (60), powerlifting dan catur masing-masing 24 emas, tenpin boling (20), boling padang (19), ping pong (15), memanah (14), badminton (12) dan boccia (8).
Syabas dan tahniah buat semua atlet Para SUKMA Negeri Terengganu yang berjaya menyumbangkan pingat buat Kontinjen Negeri Terengganu.
- JBS Terengganu
- Hits: 182
