SARAWAK, 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA) - Temasya Para Sukma Sarawak 2024 membuka tirai secara rasmi di Stadium Perpaduan, Petra Jaya
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli. Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad. Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terenganu, YB Hishamuddin bin Abdul Karim serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu, Dato’ Ab Rashid bin Jusoh.
Pengarah JBS Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad selaku Chef De Mission turut bersama dalam perbarisan masuk bagi majlis perasmian Para Sukma Sarawak 2024.
SARAWAK, 22 SEPTEMBER 2024 (AHAD) - Majlis makan malam sempena temasya Para Sukma XXI Sarawak 2024 bertempat di HIKMAH Exchange and Event Centre Kuching.
Ucapan aluan disampaikan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - Kanak dan Kesejahteraan komuniti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Para Sukan XXI Sarawak 2024.
Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak dan seterusnya sesi pertukaran cendera mata kepada Chef De Mission Negeri.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Puan Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli bin Abd Halim.
Hari ini, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera kepada Kotinjen Para Sukma XXI 2024 Terengganu yang telah diadakan di Redang Hall, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.
Seramai 74 atlet dan 20 pegawai bakal membawa cabaran Terengganu ke Temasya ini melibatkan 10 acara yang bakal bermula 22 hingga 28 September ini di Sarawak.
Kemuncak majlis adalah penyerahan bendera yang telah disampaikan oleh YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu kepada wakil atlet dan kepada Ketua Kotinjen @ Chef De Mission Para Sukma ke-21, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut bersama YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli, Timbalan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu. En. Ahmad Shahrizal Shahrizal bin Yahya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Wakil - Wakil Jabatan.
Ayuh sama- sama berikan sokongan dan dokongan kepada para atlet “luar biasa” kita di Sukan Para Sukma ke- 21 ini