SARAWAK, 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA) - Pengarah JBSN Terengganu selaku Chef De Mission Kontinjen Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu , YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim dan Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, YB Hajah Zuraida binti Md. Noor turun padang untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet Para Sukma Terengganu pada 23 September 2024 (Isnin) - Kontinjen Terengganu mengumpul 3 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa dan menduduki tangga ke-9 pada hari pertama kejohanan ini berlangsung.