- JBS Terengganu
- Hits: 109
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYA
- JBS Terengganu
- Hits: 109
KUALA NERUS, 20 JULAI 2025 - *HARI KEDUA | ISNIN | 14 JULAI 2025*
*FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYA*
*Kuala Nerus, 14 Julai 2025 (Isnin)*– Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari telah melabuhkan tirainya hari ini dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.
Fiesta ini berjaya menghimpunkan seramai 1,487 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Terengganu yang menyertai pelbagai acara berimpak tinggi di bawah inisiatif Rakan Muda.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir, Yang Berusaha Encik Abdul Razak bin Muda, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Antara pertandingan yang dipertandingkan pada hari kedua ini adalah:
1. Pertandingan Inovasi Kitar Semula
2. Pertandingan Doodle Art (Kategori A & B)
3. Pertandingan Kawad Kaki (Puteri):
• Kadet Remaja Sekolah
• Tunas Kadet Remaja Sekolah
• Persatuan Badan Beruniform Sekolah Rendah
*Keputusan Pertandingan*
Inovasi Kitar Semula
• Johan: SMK Bukit Besar (Video Kesedaran Alam Sekitar)
• Naib Johan: SMK Bukit Besar (Kad Pakai Tanam)
• Ketiga: SMK Kompleks Seberang Takir (Green Bit)
• Ke-4: SMK Haji Abdul Rahman Limbong (EcoSpeaker)
• Ke-5: SM Teknik Kuala Terengganu (EcoTrack)
Doodle Art – Kategori A
• Johan: Nur Aisyah Najwa Binti Mohd Nor (SMK Tapu)
• Naib Johan: Dhia Wahieda Binti Mohd Hanafi (SMK Ibrahim Fikri)
• Ketiga: Eve Damia Binti Yusaimi (SMK Chukai)
• Ke-4: Nik Nur Najwa Binti Nik Kamarozaman (SMK Geliga)
• Ke-5: Nur Kaseh Daylia Binti Abdul Rashid (SMK Chung Hwa Wei Sin)
Doodle Art – Kategori B
• Johan: Nur Hana Shafiqah Binti Haizan (KV Dungun)
• Naib Johan: Nur Aida Nabila Binti Md Ramli (SMK Haji Abdul Rahman Limbong)
• Ketiga: Nur Syakirah Binti Azlan (SMK Haji Abdul Rahman Limbong)
• Ke-4: Wan Rina Qasrina Binti Wan Badrul Hisham (SMK Haji Abdul Rahman Limbong)
• Ke-5: Nurnatasha Binti Samsuddin (SM Sains Hulu Terengganu)
Kawad Kaki (Puteri)
Kategori Kadet Remaja Sekolah (Puteri):
• Johan: Daerah Setiu
• Naib Johan: Daerah Marang
• Ketiga: Daerah Dungun
• Ke-4: Daerah Kemaman
• Ke-5: Daerah Kuala Nerus
Kategori Tunas Kadet Remaja Sekolah (Puteri):
• Johan: Daerah Setiu
• Naib Johan: Daerah Kuala Nerus
• Ketiga: Daerah Marang
• Ke-4: Daerah Dungun
• Ke-5: Daerah Kemaman
Kategori Persatuan Badan Beruniform Sekolah Rendah (Perempuan):
• Johan: Daerah Kuala Terengganu
• Naib Johan: Daerah Kemaman
• Ketiga: Daerah Dungun
• Ke-4: Daerah Kuala Nerus
• Ke-5: Daerah Marang
Johan bagi setiap pertandingan akan mewakili Negeri Terengganu ke Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta! Program ini bukan sahaja memperkukuh semangat berpasukan dan jati diri, tetapi juga membuka ruang kepada bakat muda untuk terus menyerlah di pentas yang lebih tinggi.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMudaYakinBoleh
#RakanMahir
#RakanEkspresi
#RakanBumi
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT