- JBS Terengganu
- Hits: 74
KEMUNCAK LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 74
KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan Teknikal Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2025 dengan jayanya .
Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan ucapan dan taklimat yang bersemangat kepada seluruh pasukan yang hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Sesi mesyuarat di teruskan dengan agenda pematuhan peraturan dan syarat yang telah diberikan supaya pelaksanaan Liga Sukan Komuniti berjalan lancar. Turut dibuat pengundian kumpulan dalam tiga acara sukan ( Ping Pong, Sepak Takraw dan Bola Jaring) dengan adil dan saksama.
Untuk pengetahuan semua, Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2025 akan diadakan di Pusat Sukan Unisza dengan kehadiran 434 peserta Johan dan Naib Johan dari seluruh daerah pada 15 hingga 16 Ogos 2025.
Bersama kita lalui dengan mencari Johan Peringkat Negeri Terengganu!!!
#LSK2025
#TeamJBSNT
#SukanUntukSemua
#RoadtoHSN2025
#JBSNKomited
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT