KEJOHANAN SUKAN MENDAKI TEMBOK TIRUAN TERTUTUP TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2025 -  telah berlangsung Kejohanan Sukan Mendaki Tembok Tiruan Tertutup Terengganu 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu (KOMBES) pada 19&20 Julai 2025.
Kejohanan anjuran Dynamic Climbing Club melibatkan kategori lelaki dan perempuan berjaya menghimpunkan seramai 41 orang peserta bagi acara top rope dan speed.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Hadir sama YBrs Encik Mohd Zaidi Haji Kamaruddin, Presiden Persekutuan Mendaki Malaysia dan Encik Mohd Zamri Nor Daud, Pengerusi Dynamic Climbing Club.
  Dengan adanya kejohanan ini, diharapkan dapat merancakkan lagi pembangunan sukan mendaki di negeri Terengganu, mencungkil bakat-bakat baharu serta melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan kejohanan pada kali ini.
#dskkbs2025
#kbsmalaysia
#rakanmuda
#jbsnt

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search