KUALA TERENGGANU, 6 OGOS 2024 - Mesyuarat Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan dan Perbincangan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu termasuk beberapa orang pegawai di Jabatan.
KUALA TERENGGANU, 06 Ogos 2024 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal Ke-34, Sesi 2023-2024 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Azhar bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 4 Ogos 2024 (Ahad) lalu. Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan satu platform bagi membincangkan isu dan usul yang boleh diketengahkan dalam pembangunan belia pada semua peringkat selain memperkukuhkan serta mempertingkatkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak kerajaan dalam usaha melahirkan belia yang dinamik dan berdaya saing.
Sebanyak lima (5) usul telah dibahaskan dan dikemukakan bagi mendapatkan pelbagai pandangan yang boleh diberi perhatian pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan demi pembangunan belia khususnya di Negeri Terengganu.
Satu (1) Pembentangan Kertas Kerja juga telah dibentangkan bagi mewujudkan komuniti belia yang lebih harmoni dan berkesan.
Untuk rekod, seramai 110 ahli persidangan hadir pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal Ke-34, Sesi 2023-2024.
KUALA TERENGGANU, 4 OGOS 2024 - Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terengganu telah melabuh tirai hari ni setelah berkampung di Kompleks Sukan, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit 6 Wakaf Tapai selama 2 hari pada 2 hingga 3 Ogos 2024 (Jumaat dan Sabtu)
Majlis telah dirasmikan oleh Supt. Mohd Mahiri bin Hussin, Pegawai Pemerintah, Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad dan Timbaan Pengarah JBSNT, En. Mohd Qayyum bin Rahman.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Supt. Mohd Mahiri bin Hussin, Pegawai Pemerintah, Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia diiringi oleh Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Qoyyum bin Rahman.
Johan bagi Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Dungun B.
Manakala Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Kuala Terengganu B dan ketiga bersama dirangkul oleh Kemaman A & Hulu Terengganu A.
Bagi acara Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terenggnu 2024 pula Johan dirangkul oleh Dungun A dan Naib Johan dirangkul oleh Setiu A. Ketiga bersama dirangkul oleh Marang A dan Kuala Terengganu A.
Manakala Kejohanan Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024, Johan di rangkul oleh Hulu Terengganu A.
Naib Johan Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Kuala Terengganu B dan ketiga bersama dirangkul oleh Kuala Terengganu A & Kuala Nerus A.
Jutaan terima kasih atas kerjasama bagi penganjuran ini khususnya kepada pasukan yang bertanding, pasukan Urusetia dan teknikal dari semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.
KUALA TERENGGANU, 4 JULAI 2016 (AHAD) - Perlawanan persahabatan badminton antara JBSNT dan MBNT bagaikan apa yang pernah diperkatakan oleh pengulas sukan lagenda Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang,
" Bola tangkis bermain main di atas jaring.." Perlawanan ini berlangsung pada 31 Julai 2024 (RABU)
Turut hadir beraksi Pengarah JBSNT Tuan Haji Asmadi Mohamad dan Saudara Anas Hazizul Muhammad Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
TERENGGANU, 1 OGOS 2024 (KHAMIS) - Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT turut hadir dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontijen SUKMA Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu Pada 31 Julai 2024 (Rabu) JBSNT merupakan jabatan angkat bagi pasukan E-Sport SUKMA Terengganu.
PUTRAJAYA, 31 JULAI 2024 (RABU) -Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bertempat di Menara KBS, Putrajaya Pada 30 Julai 2024 (Selasa) Tahniah diucapkan kepada SRM Unisza dan SRM IKBN Wakaf Tapai dari Negeri Terengganu yang telah menerima dana tersebut bagi Fasa Satu.
Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda Majlis Turut di hadiri oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai Encik Zaini bin Abd Aziz, Pegawai dari Unisza Encik Zulfa bin Awang, Penolong Pendaftar kanan Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar PTNC HEPA dan Encik Muhamad Fauzan bin Anuar Penolong Pegawai Tadbir Kanan Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar PTNC HEPA dan hadir sama pegawai dari Jbsnt Encik Nor Hisham bin Mohamed Pegawai Rakan Muda.
KUALA TERENGGANU, 29 JULAI 2024 (ISNIN)- Bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, satu perjumpaan telah diadakan pada 25 Julai 2024 bagi membincangkan berkaitan program-program yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pembentangan berkaitan usul bagi Majlis Perudingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal 34 Tahun 2023-2024 menjadi agenda utama perbincangan. Perjumpaan penuh bermanfaat ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Abd Azhar bin Hamid selaku Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan YBrs. Encik Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
Semoga perbincangan strategik yang dikongsikan memberi manfaat dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
JBSNT menawarkan tender perkhidmatan bagi kerja-kerja berkaitan. Syarikat atau pembekal yang berminat dan berkelayakan boleh mendapatkan borang di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.