KUALA TERENGGANU, 4 DISEMBER 2024 (RABU) - Seramai 40 orang sukarelawan dan 64 orang warga SK Manir termasuk PIBG telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang terjejas akibat bencana banjir pada 03 Disember 2024 (Selasa) Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan persekitaran sekolah kembali selamat dan bersih bagi keselesaan semua pelajar apabila kembali ke sekolah.
Paras air sungai yang meningkat telah menjejaskan aras bawah sekolah yang hampir dengan Sungai. Pelbagai aktiviti pembersihan dijalankan, termasuk membuang sampah, membersihkan bilik darjah, dan memastikan saluran air berjalan lancar.
Kehadiran pihak bomba juga turut membantu membersihkan persekitaran sekolah terutama bahagian dataran yang diliputi selut akibat dari limpahan air sungai.
Turut hadir sama, Guru besar SK Manir, En.Mohd Jailani bin Mat Desa, En.Mohmad bin Embong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu serta beberapa orang guru dari sekolah yang berdekatan.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 216
