- JBS Terengganu
- Hits: 36
PROGRAM DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH BESUT 2025 SIRI 1
- JBS Terengganu
- Hits: 36
BESUT, 18 OGOS 2025 - Seramai 100 orang peserta menyertai Klinik Demokrasi Peringkat Daerah Besut 2025 Siri 1.
Objektif Program
Meningkatkan pengetahuan belia mengenai sistem demokrasi negara.
Melahirkan belia celik demokrasi yang bertanggungjawab dan berintegriti.
Membina semangat kepimpinan serta kesedaran sivik dalam kalangan belia.
Pengisian Program
Penilaian Pra-Bengkel
Pengenalan Inisiatif Kuasa Orang Muda
Meneroka Demokrasi
Harga Sekeping Undi
Kuasa Orang Muda
Penilaian Pasca-Bengkel & Sesi Debrief
Penceramah jemputan khas iaitu Prof Madya Dr. Mohd Yusri Ibrahim, dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut. Turut hadir bersama, Encik Udom A/L Evon, Pengarah Politeknik Besut.
Dalam ucapannya, Encik Yusof menyampaikan pesanan serta harapan besar agar semua peserta dapat menjadi ejen perubahan positif, menyumbang kepada pembangunan negara melalui kefahaman demokrasi yang kukuh.
Program ini diharap dapat mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan generasi muda terhadap pentingnya demokrasi sebagai asas keharmonian, perpaduan dan kemajuan negara.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#KlinikDemokrasi
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT