KIBAR JALUR GEMILANG BUKTI KETAATAN, KESETIAAN DAN KEBANGGAAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2025 - Menyemarakkan bulan kemerdekaan, seluruh warga kerja Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, pada Ahad, 17 Ogos 2025.
Memasuki bulan Ogos amat dinantikan oleh warga kompleks kerana telah menjadi kewajipan warga kompleks setiap tahun mengadakan gotong-royong pemasangan Jalur Gemilang. Pemasangan Jalur Gemilang ini adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara.
Sebanyak 48 helai bendera telah dipasang di sekeliling pagar kompleks secara bergotong-royong diketuai oleh Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Puan Netty Ermy@Siti Asyikin binti Mohamad.
Mengibarkan Jalur Gemilang adalah bukti ketaatan, kesetiaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah bangsa yang merdeka. "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
KBSMalaysia
Rakan Muda

#JBSNKomited
#TeamJBSN
#teamJBSNT
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#KombesTerengganu

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search